Assalamualaikum, hello para pembaca ..
Tajuk entry kali ni ialah 'KAWAN VS KEKASIH' .. saya terfikir nak tulis entry dengan tajuk ni sebab, .. petang tadi.. Saya outing dengan kawan, dan saya punya Mr Buchuk.. diorang berdebat pasal kawan atau kekasih,yg mana lebih penting ? Dan lepas tu diorang siap suruh saya pilih antara diorang ? berapa banyak sayang saya dengan diorang .. What? sampai nye hati tanya soalan macam tu .. Saya ni ibaratnya tersepit dI tengah, disuruh pulak buat pilihan.. hey.. sukarnya.. hmm, nak sangat tau kan apa yang saya pilih kan .. kekasih or kawan ??
hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
Jawapannya :
Kawan, bagi saya memang penting.. Sama jugak dengan kekasih..
Tapi kan, kalau difikir balik, .. kekasih memang lebih penting.
Sebab saya pernah terbaca satu article ni ..
Dalam article tu dia kata mcm ni ..
"Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap; "
- Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms si dia dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda?
- Sehari tak berjumpa dengan si dia. Confirm anda macam gila bayang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. . Kalau anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni?
- Korang akan melayan si dia sebaik mungkin apabila pergi date dengan si dia.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda?
Majoriti semua soalan tu betul menyatakan kekasih sememangnya penting. Lepas tu, dlm article tu cakap, ..
Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak .. Sebab diorang pun masing-masing dah ada tanggungjawabnya juga,kan ..
Tapi, kawan tetap penting sebabnya dekat kawanlah kita berkongsi pendapat, Berasal dari kawan jugalah wujudnya perasaan sayang dan cinta . Iaitu suatu perasaan yang susah digambarkan. Hmm ..
Susah sebenarnya untuk saya membuat pilihan. Sebenarnya bagi saya kedua-duanya memang penting untuk menceriakan hari-hari kita.
Akhir kata dari saya, .. sayangi kedua-duanya.. Tanpa kawan dan si dia saya tak seceria ni .. Love you ;)
Hye reader yg setia dan comel,sudi2 lah komen ya ..